Name:
Phone number:
Address:
Occupation:
Email/Facebook/Twitter/Skype/YM name:
Have been in HERBALIFE before? yes
no
Interested to: LOSE WEIGHT
GAIN WEIGHT
BUILD MUSCLE
RESHAPE YOUR SHAPE
IMPROVE SKIN COMPLEXION
HEALTHY BREAKFAST
FEEL GREAT AND HEALTHY
EARN EXTRA INCOME

Form provided by Freedback.

Monday, 30 January 2012

Pengantin sepanjang masa.




Dear my Sister and Brother in Islam.
Assalamualaikum wmt.
Bismillah.


Jika dilihat remaja juga pemuda-pemudi zaman sekarang, perkataan perkahwinan itu sudah menjadi sesuatu yang familiar dengan diri mereka.
Termasuklah diri ini, kott *sebab semua orang dok ckp pasal neh~
Teringat zaman mak kita dulu dulu, kalau sebut pasal perkahwinan mereka pasti malu konon tutup muka dengan kain sarong dan sebagainya =.="
Dan jika dibandingkan dengan remaja zaman sekarang, mereka lebih memilih untuk mengutarakan topik ini jika bersama rakan-rakan mereka. 
Benda yang dilihat mungkin lawak bagi segelintir masyarakat, walhal serius pada pangkalnya.

Kenapalah isu nih menjadi pilihan untuk dipamerkan dalam blog ini? haha.
SEBAB, mostly orang disekeliling saya bercakap tentang perkara ini, and of course dah ada yg selamat mendirikan masjid mereka * Alhamdulillah, Barakallah :)
Perkahwinan bukan satu masalah walaupun pada usia muda, in fact benda baik kot.
dapat mengatasi banyak benda.
Jadi pada yang berkemampuan, pada yang ingin melengkapkan diri mereka dengan lebih awal.
here some tips for you guys :)







"Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa"

Sebuah buku karangan Mardiana Mat Ishak keluaran PTS. Untuk makluman pembaca, penulis gemar buku-buku keluaran PTS.


Tip-tip yang penulis maksudkan adalah :

1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.
Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:
i.      Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii.     Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii.    Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv.    Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v.     Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi.    Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii.   Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.
Penulis akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.



2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.


cc: some information about Nikah Khitbah, do click here


3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.
Teringat penulis semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik penulis sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya. sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama dengan penulis.
Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.
Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca. Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. Penulis tidak mahu bahaskan isu kebaikkan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini, insya-Allah mungkin di sesi yang lain.
Penulis berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.





Just some tips, sebab ramai kawan saya yang nak kahwin awal neh.
The most important things, of course do take your Istikharah as your partner along the journey.
Kalau boleh disegerakan lagi bagus.
Tapi mentaliti manusia ni, kalau nak kahwin awal je mesti pasangan itu diklafisikasikan sebagai bermasalah, gatal, tak sabar and macam-macam.
Biaqqqqq pii lahh orang nak kata apa, asalkan syariat Tuhan dijaga.

Fitrah itu boleh berubah menjadi fitnah, tetapi jika disulami dengan maruah, ia akan bertukar menjadi satu anugerah :)

*lepas degree, turn orang sini pulak :D  doa-doakanlahh ~




Last words yg menjadi pegangan diri,
" selagi belum akad, selagi itu akan ada jarak diantara kita "





until then,
take care of yourself
take care of your Iman
take care of your Deen
:)













pen off *




Wednesday, 25 January 2012

Indahnya saat itu :')

Assalamu'alaikum wmt.
Hello Brother & Sister :)
Bismillah.


Masa yang ada, berlalu begitu sahaja.
Diisi dengan pelbagai kenangan mahupun pengalaman yang amat berharga.
Sukar untuk dilupakan, kauu..
Yang bergelar sahabat, rakan seperjuanganku :)

24/01/2012- Genapp 20hari kehidupan yang ditempuhi di CFSIIUM PETALING JAYA.
Dugaan, rintangan, kenangan, persahabatan semuanya hadir satu persatu.
Bahagia, perit, dukacita, kasih sayang semuanya menjadi si pendamping diri.

Alhamdulillah, everything going up smoothly since i've registered to the campus fr the 3rd semester.
And may ALLAH soothe my way to gain a success. InshAllah, ameen ~




move to the next session, ekeke. 
 ! watcha !


FSCC, my love ! :')


Details ~
Programme: FSCC Family Day.
Location : Tg Piai, Johore. Near to National Park.
Members: 66 participants.
Objective: To build a bond between FSCC family member & release our stress *cehh bajet.


Alkisahnyaa :)
Pada 20/01/2012 yang lalu, 
kami keluarga FSCC atau lebih sempurna dikenali sebagai Foundation Student Coordination Council 
telah mengikuti satu camping 3hari 2malam yang telah dianjurkan oleh Biro Sport & Recreation 11/12 
*give a big clapp, haha.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan 
seperti Ice-breaking (yang riuh-rendah), Night-walk (yang kejam), Perang Belon (yang suspen), Obstacle, Bbq, juga persembahan daripada group yang amat menghiburkan hati <3 haha.




Organising Comittee, Sport & Recreation Bureau

Project ManagerIzzat



Assistant Project ManagerFaiz Jebat



Secretary: Faris & Farah



Treasurer & AssitantHarith & Shikin





Technical & Games:  Ismail & Qidwati




Security & Welfare:  YAB & Shukriyah




Catering: Amir & Farahin

(Photo unavailable)


TransportRadzi & Hidayah

(Photo unavailable)


Prizes:  Fatin Hanani 

(Photo unavailable)



Gambar Pilihan Hati :D





















Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Hasil yang dapat daripada camping ini for sure 
persahabatan yang kukuh, 
saling mengenali antara satu sama lain, 
keriangan,
kerjasama, 
semangat berkobar-kobar. 
Juga SUNBURNNNN =.='

Huhu, kini alhamdulillah semua sudah selamat tiba ke CFSIIUM untuk meneruskan perjuangan seterusnya.
semoga ikatan serta jalinan ukhuwah kita kekal hingga ke akhir masa :')
*untuk ketahui lebih lanjut boleh ke link ini dan ini :)




Dedikasi lagu yang ikhlas buat rakan-rakan FSCC sekalian :')

Ammar- Sahabat

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat 





Until then, 
Take care all,
And all the best !




pen off *





Sunday, 1 January 2012

Si kecil cancer, resdung !

My dear sister & brother in Islam.
Assalamualaikum wmt.
Bismillah.

Anda,
Kerap batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan?
Hidung pula rasa berair dan tersumbat.
Anda terasa yang anda demam.
Juga kerap sakit kepala.

Dann itulah dialami oleh diri ini. Itu yang kerap diri ini rasa.
Pabila mata mula membuka tirai, kerap terasa simptom-simptom seperti diatas.
Terasa perit, seksa, parah jiwa yang merasa. Apatah lagi badan yang menanggung.
Mulanya, selalu ambil remeh pasal resdung.
Ambil tak kisah.
Buat tak tahu yang aku adalah salah seorang pesakit resdung.
Bunyi macam remeh kann, alahh resdung je ponn.
Yess! That’s what I’ve thought before.
Namun, bunyi tak sesedap rasa.
Resdung bukan perkara biasa.

Sampaila satu hari sy terjumpa satu artikel pasal resdung.
Resdung- cegah sebelum terlambat.
Terasa insaf, baru terasa nakk makan ubat yang mak aku beli.
* tapi susah betul nak berpisah dengan seafood T.T *


ANTARA ARTIKEL YANG DIJUMPAI

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.


Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.


Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.


Bagi anda, yang juga mungkin menghidap resdung seperti saya.
Sila-sila lahh sedar bahawa, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Resdung bukan perkara remeh, mungkin juga anda boleh menempah maut. Nauzubillah.

Peringatan buat diri ini jugakk, banyakkan berpantang.
My mom always said that: Lebih baik bekorban sekarang, daripada sakit nanti.
Dulu tak pernah pun rasa nak amik kisah pasal ayat dia.
Tapi sekarang, lepas kerap sakit kepala. Baru terasa nak ikut.
Kata ibu itu sentiasa tepat, selagi dia tak membelakangkan Agama.
Last, Sayangilah diri anda :’)


Kerana sakit itu penyembuh dosa.
Maka saya redha.
Doakan saya tabah menerima ujian Allah.

pss: post kali neh takde gmba, sbb kalau ad mesti ramai yg geli. HAHA. 
       jadi kalau nak tgk cntoh resdung bole klik sini. * sediakan bantal untuk tutup mata !


until then, take care of yourself & your Deen :)
pen off *